Tuesday, August 9, 2011

1MVSC Teh Tarik Session and Buka Puasa Event in Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia
Dengan segala hormatnya dijemput seluruh warga, kenalan, sahabat 1MVSC untuk bersama kami dalam Teh Tarik Session dan sekaligus Majlis Berbuka Puasa di  Port kita di Restorant Changgung Station, No.315 Jalan Tunku Abdul Rahman, Off Jalan Sultan Ismail 55100 KL (Arrow hijau ) Oppsite Tune Hotel, beside Mawar Biru pada hari Sabtu, malam minggu 20/8/2011, bermula dari pukul 7.00 petang hingga selesai.  



View Larger Map






Datang Be..., jangan tak datang. Solat Maghrib boleh dilaksanakan di Surau berdekatan.


Sekian, terima kasih

..and as a gift, below is an embedded clip of Jalil Hamid's funny but "down to earth"  Puasa Song ...with lyrics

Selamat Berpuasa & jumpa di sana, dari 1MVSC 

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak


Salam kepada semua ahli & followers blog 1MVSC. Kami dari 1MVSC ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut musim perayaan. Sepertimana biasa, dalam musim perayaan, akan sering berlaku kecurian kenderaan ( ada orang nak cari duit extra ke ??? ) . Jadi 1MVSC pada post kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat disamping mengingatkan diri sendiri tentang cara-cara mencegah kecurian motosikal  

Tips mencegah kecurian motosikal

  1. Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. - terutama sekali yang pakai VESPA ... motor besar, depa malas nak curi, tapi vespa, scooter serta yang seumpamanya sangat mudah untuk dicuri.
  2. Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat. 
  3. Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
  4. Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  5. Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri. 
Bagi kawan -kawan yang ada kereta, di bawah ini juga disertakan tips bagi mengelakkan kehilangan kereta :







Tips mencegah kecurian kereta.

  1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
  2. Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  3. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  4. Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
    Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting).
  5. Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
  6. Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.