Salam kepada semua ahli & followers blog 1MVSC. Kami dari 1MVSC ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut musim perayaan. Sepertimana biasa, dalam musim perayaan, akan sering berlaku kecurian kenderaan ( ada orang nak cari duit extra ke ??? ) . Jadi 1MVSC pada post kali ini ingin berkongsi sedikit maklumat disamping mengingatkan diri sendiri tentang cara-cara mencegah kecurian motosikal
Tips mencegah kecurian motosikal
- Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya. - terutama sekali yang pakai VESPA ... motor besar, depa malas nak curi, tapi vespa, scooter serta yang seumpamanya sangat mudah untuk dicuri.
- Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
- Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
- Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
- Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.
Bagi kawan -kawan yang ada kereta, di bawah ini juga disertakan tips bagi mengelakkan kehilangan kereta :
Tips mencegah kecurian kereta.
- Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
- Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
- Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
- Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda. (sandblasting). - Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
- Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis.Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.

rantai vespa tu, jangan tak rantai !!! nanti mengangis tak berlagu
ReplyDeleteMotor vespa ramai jugak ke yg brminat nak curi hmm , yg sllu dgr moto jenis yamaha lgi ape tah .. Bru niat nk beli vespa bwk pi sekokah .. Hmm
ReplyDelete